RSS

Kreatif ke kita?




Kreatif...sering kali menjadi persoalan dalam diri setiap manusia.. mempunyai maksud yang berbeza bagi setiap orang... apabila diberi peluang untuk mencipta sesuatu seringkali kita mengeluh bahawa diri tidak kreatif dan sehebat orang lain.

Kreativiti memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang berguna. Persoalannya sekarang adakah kreatif itu terletak pada individu yang hebat sahaja; individu yang pandai dan mempunyai kelebihan daya imaginasi tinggi...Bagaimana pula dengan individu yang kurang pandai...adakah individu tersebut tidak mampu melahirkan sesuatu yang kreatif.


Disini saya akan menjelaskan lebih lanjut mengenai definisinya:

Definisi Kreativiti
Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:
  • Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik.
  • Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian.
  • Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.
Saya boleh ringkaskan bahawa kreativiti adalah apa sahaja yang kita fikirkan untuk mencipta sesuatu yang baru yang boleh digunakan atau memberi manfaat kepada diri atau orang lain..ia memerlukan daya fikir yang tinggi seperti mengkaji,manganalisa,menilai, dan menyelesaikan masalah yang sedia ada...
Sebelum kita mencipta sesuatu, kita perlu tahu dahulu apakah masalah yang timbul... adakah ianya serius dan wajarkah untuk kita selesaikan...apakah strategi yang perlu kita lakukan...bagaimana untuk  menghasilkan dan sebagainya...


Tahukah anda apakah benda pertama yang dicipta di dunia?



Silangkata teka teki pertama di dunia
Pada tahun 1913, Athur Wynne mempunyai tugas merangka halaman teka teki mingguan untuk Fun, halaman di dalam salah satu akhbar terbesar ketika itu


Motosikal pertama di dunia
Motosikal Pertama yang telah direkabentuk dan dibina oleh pencipta Jerman, Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach di Stuttgart pada tahun 1885. Ia sebenarnya merupakan basikal bermotor dan mereka menamakan ciptaan itu Reitwagen (maksudnya : menunggang kereta)


Tetikus  komputer pertama di dunia
Ia direka oleh Doughlas Engelbart pada tahun 1964 dan terdiri daripada dua gear roda kedudukan berserenjang antara satu sama lain bagi membolehkan gerakan pada satu paksi. Tetikus ini berbentuk ergonomik dengan butang besar dan ia yang diperbuat daripada kayu.



Kamera Digital Pertama di dunia
December 1975, Engineer Kodak, Steve Sasson mencipta kamera digital ini .Berukuran pembakar roti dan resolusi 100×100 - atau 0.01 megapixels.

Kereta Elektrik Pertama di dunia
Kereta elektrik pertama dicipta oleh Robert Anderson dari Scotland pada tahun 1830-an dikuasakan bateri yang tidak boleh dicas semula. Ketika itu, kereta masih dikuasakan dengan enjin stim. Orang-orang Perancis telah memperbaiki kaedah penyimpanan kuasa bateri dan semenjak itu, kereta elektrik berkembang di Perancis dan Britain pada lewat 1800-an dan di Amerika pada awal 1900-an.


Pada zaman dahulu, penciptaan benda baru banyak dilakukan oleh manusia. Namun apakah yang mendorong mereka untuk mencipta alat tersebut. Masalah merupakan pendorong utama untuk mereka mencipta sesuatu yang baru contohnya untuk memberi kemudahan dan keselesaan manusia. Namun untuk memberi kemudahan tersebut mereka perlu memikirkan idea untuk menciptanya. Dengan lahirnya idea maka terciptalah kreativiti. Kreativiti ini bergantung pada seseorang yang menciptanya. Ada kalanya alatan yang mereka cipta tidak begitu sempurna. Namun setelah diperbaiki ianya semakin hari semakin baik sehinggalah kita menggunakannya pada masa kini.

Kita lihat pada zaman kini, banyak benda yang dicipta bukan lagi untuk memberi kemudahan dan keselesaan manusia. Ia dicipta bagi membolehkan manusia berdaya saing bagi memajukan negara masing-masing. Sebagai contohnya, perkembangan teknologi dan komunikasi yang semakin mengikuti arus kemodenan. 

Untuk mencipta sesuatu teknologi juga manusia memerlukan kreativiti. Kreativiti inilah yang dapat membezakan fungsi, kualiti, dan rekaan bagi setiap ciptaan. Mereka yang mencipta teknologi sedemikian akan memikirkan sesuatu yang lebih canggih diluar pemikiran mereka agar dapat membuka mata dunia. Apabila ciptaan tersebut diterima oleh manusia, maka semakin hari ia akan mendapat permintaan ramai kerana kepelbagaian fungsi dan kecekapan teknologinya. Contohnya seperti, telefon pintar, komputer riba, kereta, mesin dan sebagainya.