RSS

Proses Reka Bentuk


Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog saya yang setia...hihi...seperti yang telah kita pelajari sebelum ini mungkin sedikit sebanyak telah kita memperolehi idea bagaimana untuk menghasilkan idea rekabentuk yang baik mengikut prinsip-prinsip yang telah diajar. Hari ini saya akan menerangkan sedikit sebanyak mengenai jenis penciptaan /pembuatan rekabentuk yang selalu digunakan dalam rekacipta.

1.  'Mock-up'
‘Mock-up’ dikenali juga sebagai model pengolokan yang dibuat sebelum model atau prototaip. Ia merupakan urutan daripada pemilihan reka bentuk bertujuan untuk melihat dan menilai reka bentuk pilihan secara tiga dimensi. Kebiasaannya ‘mock-up’ dibuat tanpa ukuran dan skala sebenar menggunakan bahan-bahan yang senang dan mudah didapati seperti kertas bod, foam, gabus, polisterin, ’mounting board’ dan kayu jelutung (kayu lembut).


'Mock-up’ dapat membantu kita melihat dan menilai keseimbangan reka bentuk, struktur, kesesuaian bahan, keselamatan, penggunaan dan cara pembuatan. Kebiasaannya ‘mock-up’ dihasilkan melebihi satu unit bagi tujuan perbandingan.






2. Model

Model dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Model Blok (Block Model) dan Model Berfungsi (Prototaip). Model blok adalah model yang statik atau separa berfungsi. Ianya mempamerkan reka bentuk sebenar dan dihasilkan samada secara skala ataupun saiz sebenar produk. Bahan yang digunakan tidak semestinya sama dengan bahan sebenar.
3. Prototaip

Prototaip adalah produk contoh yang berfungsi sepenuhnya.

Prototaip dibina daripada bahan sebenar yang telah ditentukan. Prototaip sama dengan produk sebenar dari setiap segi.  Ia dibina dan dipasang secara manual dan diuji dalam situasi sebenar.

Contohnya: Prototaip basikal


Pemilihan bahan dan komponen adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu:
-- kos
-- sifat fizikal bahan
-- teknik pembuatan
-- keboleh dapatan

Prinsip Dalam Rekabentuk



Minggu ni kita akan melangkah setapak lagi mengenai rekabentuk dalam rekacipta. Apakah yang anda faham mengenai rekabentuk. Rekabentuk adalah idea yang lahir daripada pemikiran untuk menghasilkan sesuatu objek yang ingin dicipta. Tetapi tahukah anda dalam mereka bentuk sesuatu terdapat beberapa prinsip yang dipatuhi? Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan Prinsip Rekabentuk dan apakah jenis-jenis Prinsip yang perlu dipatuhi.

Definisi Prinsip Reka Bentuk

Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.
Prinsip reka bentuk membantu menjadikan imej visual menjadi lebih menarik dan menyenangkan bila dilihat. Berikut merupakan prinsip-prinsip reka bentuk :

1) Keseimbangan

Kestabilan memberikan kesan keseimbangan secara psikologi. Sebagai prinsip reka bentuk, keseimbangan menempatkan komponen-komponen visual dalam susunan yang menarik secara estetik.
Keseimbangan formal berlaku apabila dua sisi berada dalam keadaan susunan yang simetri
Keseimbangan informal terjadi apabila sisi-sisi tidak simetri secara tepat tetapi masih menghasilkan imej yang seimbang

Keseimbangan informal bersifat dinamik berbanding dengan keseimbangan formal dan lazimnya dapat mengekalkan fokus seseorang terhadap mesej visual tersebut.
Terdapat 3 jenis keseimbangan yang utama :

1.Keseimbangan mengufuk

2. Keseimbangan menegak

3. Keseimbangan radius



2. Perspektif

Perspektif dihasilkan apabila objek dalam ruangan dua dimensi disusun agar kelihatan lebih realistik
Perspektif memberikan makna hubungan antara objek-objek yang dilihat dalam suatu ruang

Adakah segi empat yang berwarna gelap berada di hadapan bulatan
atau berada di sisi separuh bulatan?
Perspektif mewujudkan sifat realisme kepada imej visual. Saiz satu segi empat kurang bermakna sehingga ada satu objek lain yang mampu memberikan kesan tambahan seperti saiz satu meja atau saiz satu bangunan.
Persepsi boleh dicapai melalui penggunaan saiz objek yang relatif,


Objek yang bertindan, dan objek yang dikaburkan atau dijelaskan

3. Harmoni

Harmoni bermakna semua komponen imej visual berhubungan dan melengkapi satu sama lain

Harmoni menggabungkan komponen-komponen suatu imej visual


Harmoni boleh dicapai melalui pengulangan dan ritma. Pengulangan menekankan unit-unit visual, menyambungkan bahagian dan menghasilkan satu kawasan perhatian. Ritma merupakan pergerakan yang ditunjukkan dalam satu visual. Ritma membantu mengarahkan pergerakan mata.


Corak atau bentuk dapat membantu mencapai harmoni. Dengan mengulangi corak dalam susunan yang menarik, keseluruhan imej visual akan bersatu.
4. Kesatuan atau Paduan
Kesatuan merupakan hubungan di antara elemen-elemen visual yang dapat menjadikan elemen tersebut bersatu dan bermakna. Ini bermakna, perkataan dan imej bersatu dan menghasilkan makna. Kesatuan membantu menyusun suatu imej visual, membantu interpretasi dan pemahaman.

Visual ini mengelirukan. Perhubungan di antara pelbagai bahagian amat sukar untuk dilihat dan difahami.
Dengan kesatuan, visual ini sekarang lebih tersusun dan mudah untuk difahami.


Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan bentukbentuk yang serupa.
Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan satu corak yang serupa.
Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan ruang
Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan latar belakang yang serupa

Hasil Lakaran


1st week lagi pensyarah dah bagi tugasan... Tugasan apa tu??? Nak tau... Hah jom kita tengok hasil kerja kita yang tak berapa nak kreatif nie...Hihi...

"Actually i love comics"...x kira la komik ape2 pn...minat ni bermula dari sekolah menengah lagi...bukan disebabkan ceritanya yang menarik...tapi saya tertarik dengan kreativiti pelukis tersebut melukis setiap karakter kartun dengan pelbagai gaya mimik muka dan emosi yang nampak "real" seperti kartun yang kita tonton di televisyen...secara tidak langsung ia menarik untuk saya mencuba melukis karakter kartun tersebut...


Karakter kartun ni diambil daripada Gempak Starz...iaitu komik Lawak Kampus...apa yang menarikya tentang komik ni...ianya merupakan komik komedi ringan...bagi setiap satu lawak hanya 4 atau 3 'storyboard' yang dilukis...walaupun ianya ringkas, namun apa yang cuba disampaikan oleh pelukis ini mampu membuat pembaca tersenyum dan ketawa..

Disebabkan saya suka pada kucing...maka terhasil lah lakaran kucing..bagi saya kucing sangat comel dan manja...di saat saya terlintas mengingati kucing saya yang berada di rumah...maka timbul keinginan untuk melukisnya...


Diantara dalam banyak-banyak lakaran saya rasa inilah lakaran yang paling teruk saya lukis...
kenapa ya?...mungkin waktu saya melukisnya saya dalam keadaan tiada "mood"...
Penting sangat ke "mood" semasa melukis?
Ya, bagi saya ianya penting...kadang-kadang perasaan mampu mempengaruhi diri kita...
Tidak kira sama ada kita gembira, sedih, mahupun letih...ia mampu mempengaruhi kualiti kerja kita...
Dalam erti kata lain... semasa melukis ni otak kita perlu "relax" kerana ia memerlukan ruang-ruang untuk kita mencari idea...
Maka, jika anda berasa letih, rehatkan minda sebentar...


Mata...mampu mengungkapkan segalanya...bagi saya...mata dapat menjelaskan perasaan seseorang..oleh itu, saya suka melukis mata daripada anggota-anggota yang lain...



Akhir sekali...adalah karakter kartun kegemaran saya sewaktu saya masih kanak-kanak... Mickey Mouse, Winnie The Pooh, Donald Duck menjadi inspirasi sewaktu saya melukisnya...
Ketika saya kanak-kanak...karakter kartun ini amat terkenal sekali di serata dunia...
Rancangan kartun pada masa itu banyak menayangkan cerita-cerita kartun di Barat..
Kenapa Barat???...kerana pada waktu tersebut negara kita kurang menghasilkan karakter kartun yang mampu menandingi kehebatan teknologi yang dikuasai oleh Barat...
Senang kata, tidak banyak rancangan kartun Malaysia yang boleh ditonton... Kini... sedikit sebanyak kita patut berbangga kerana industri seni kita diserikan dengan karya seni yang mampu menandingi teknologi Barat.. sebagai contoh karakter Upin dan Ipin yang menjadi kegilaan kanak-kanak.