RSS

Prinsip Dalam Rekabentuk



Minggu ni kita akan melangkah setapak lagi mengenai rekabentuk dalam rekacipta. Apakah yang anda faham mengenai rekabentuk. Rekabentuk adalah idea yang lahir daripada pemikiran untuk menghasilkan sesuatu objek yang ingin dicipta. Tetapi tahukah anda dalam mereka bentuk sesuatu terdapat beberapa prinsip yang dipatuhi? Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan Prinsip Rekabentuk dan apakah jenis-jenis Prinsip yang perlu dipatuhi.

Definisi Prinsip Reka Bentuk

Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.
Prinsip reka bentuk membantu menjadikan imej visual menjadi lebih menarik dan menyenangkan bila dilihat. Berikut merupakan prinsip-prinsip reka bentuk :

1) Keseimbangan

Kestabilan memberikan kesan keseimbangan secara psikologi. Sebagai prinsip reka bentuk, keseimbangan menempatkan komponen-komponen visual dalam susunan yang menarik secara estetik.
Keseimbangan formal berlaku apabila dua sisi berada dalam keadaan susunan yang simetri
Keseimbangan informal terjadi apabila sisi-sisi tidak simetri secara tepat tetapi masih menghasilkan imej yang seimbang

Keseimbangan informal bersifat dinamik berbanding dengan keseimbangan formal dan lazimnya dapat mengekalkan fokus seseorang terhadap mesej visual tersebut.
Terdapat 3 jenis keseimbangan yang utama :

1.Keseimbangan mengufuk

2. Keseimbangan menegak

3. Keseimbangan radius



2. Perspektif

Perspektif dihasilkan apabila objek dalam ruangan dua dimensi disusun agar kelihatan lebih realistik
Perspektif memberikan makna hubungan antara objek-objek yang dilihat dalam suatu ruang

Adakah segi empat yang berwarna gelap berada di hadapan bulatan
atau berada di sisi separuh bulatan?
Perspektif mewujudkan sifat realisme kepada imej visual. Saiz satu segi empat kurang bermakna sehingga ada satu objek lain yang mampu memberikan kesan tambahan seperti saiz satu meja atau saiz satu bangunan.
Persepsi boleh dicapai melalui penggunaan saiz objek yang relatif,


Objek yang bertindan, dan objek yang dikaburkan atau dijelaskan

3. Harmoni

Harmoni bermakna semua komponen imej visual berhubungan dan melengkapi satu sama lain

Harmoni menggabungkan komponen-komponen suatu imej visual


Harmoni boleh dicapai melalui pengulangan dan ritma. Pengulangan menekankan unit-unit visual, menyambungkan bahagian dan menghasilkan satu kawasan perhatian. Ritma merupakan pergerakan yang ditunjukkan dalam satu visual. Ritma membantu mengarahkan pergerakan mata.


Corak atau bentuk dapat membantu mencapai harmoni. Dengan mengulangi corak dalam susunan yang menarik, keseluruhan imej visual akan bersatu.
4. Kesatuan atau Paduan
Kesatuan merupakan hubungan di antara elemen-elemen visual yang dapat menjadikan elemen tersebut bersatu dan bermakna. Ini bermakna, perkataan dan imej bersatu dan menghasilkan makna. Kesatuan membantu menyusun suatu imej visual, membantu interpretasi dan pemahaman.

Visual ini mengelirukan. Perhubungan di antara pelbagai bahagian amat sukar untuk dilihat dan difahami.
Dengan kesatuan, visual ini sekarang lebih tersusun dan mudah untuk difahami.


Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan bentukbentuk yang serupa.
Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan satu corak yang serupa.
Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan ruang
Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan latar belakang yang serupa

1 comments:

Crypto Phone Support said...

Are you fed up of resolving the Bitcoin transaction issues in Bithumb? Failure of Bitcoin transactions may lead to the destruction of your funds. So, to exclude the transaction errors effectively and also, to know the exact procedure to do Bitcoin transaction, you can call on Bithumb Support Number at 1-800-665-6722 and get the usual assistance and solutions from the group of professionals who are always there to support you irrespective of time. Visit website:- http://www.cryptophonesupport.com/exchange/bithumb

Post a Comment